♔kIEla TasneeZ →ツ

ENTRY ABOUT STUFF YOUTUBE GOOGLE+ ASK.FM TUMBLR NEWER OLDER
surat CINTA
Monday, September 24, 2012 - Permalink - 0 Comments
CINTA SEPASANG KEKASIH TELAH DIHALANG OLEH KEDUA-DUA IBU BAPA MEREKA. MEREKA SUKAR UNTUK BERJUMPA ANTARA SATU SAMA LAIN. SI LELAKI TELAH MENGHANTAR SEPUCUK SURAT KEPADA BUAH HATINYA ITU.

SURATNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.sebenarnya aku. tidak
2. suka dan berasa
3. tenang tanpa dirimu
4. yang selalu menggangguku..
5. rasa sayangku dahulu.
6. bertukar menjadi benci dan
7. kini sudah meninggi menggunung.
8. Mungkin engkau tidak mengerti betapa.
9. kau ialah insan yang paling aku
10. benci. Rasa
11. sayang tidak mungkin aku.
12. Ingat, aku pasti
13. lupa semua kelebihan dirimu
14. Dikotak fikiranku hanyalah kelemahanmu
15. Nasihat ayahanda dan bonda tidak kuendahkan.
16. Hanya untuk dirimu yang kini ku benci.
17. Ya, kerana dirimu yang kuanggap istimewa
18. suatu masa dahulu.
19. Apabila berada di sisimu, aku
20. tidak terfikir
21. Ingin terus mencintaimu.
22. Pergilah!!. Tidakkah kau sedar bahawa
23. Wajahmu ibarat
24. Jambatan separuh siap, jauh sekali
25. Bidadari kayangan
26. Selepas ini, tidak
27. Kuingin menemui dirimu
28. Jangan kau. hampiri diriku.
29. aku tidak akan melepaskan dirimu
30. Aku akan cari dirimu apabila kita berjumapa.
31. Rasa sayangku terhadap mu pasti.
32. lenyap bagaikan debu dan tidak mungkin akan
33. kekal selagi hayatku masih ada...

* SEBELUM ITU, SI LELAKI TELAH BERPESAN KEPADA BUAH HATINYA SUPAYA MEMBACA FRASA YANG BERNOMBOR GANJIL SAHAJA....!!!!!!?









Dah baca like lah kang simbah dengan air panas baru tahu