Owner
안녕하세요! ♡ αQι'lαн | 18тαнuη | kL ♡ яαмα2 тιdαк тαнυ вєтαpα ιη∂αнηyα ωαяηα ѕαyαpηуα,αkαη тєтαpι мαηυѕια lєвιh тαнυ вєтαpα ιη∂αнηуα.. Kpoppers Exotics ,Inspirit , Melody ,C-Clown dll.. Credits
Thank you
Basecode by Yasmin. Help by S U J U. pANtang laRANG nenek MoYANG kita Monday, September 24, 2012 - Permalink - 0 Comments SEBENARNYA bukan begitu... kita sering mendengar pantang larang nenek moyang yang disampaikan secara turun-temurun. Apabila direnungkan fikir memang ada logiknya dan ada mesej yang tersirat dalam pantang larang tersebut.. Banyak contoh pantang larang yang masih diungkapkan oleh orang tua-tua untuk mengatur kehidupan seharian kita.. antaranya termasuklah.. Tak elok anak gadis menyanyi di dapur, nanti akan memperolah suami tua.-sebenarnya apabila asyik menyanyi semasa memasal, dibimbangi masalah jadi hangus. Jangan suku duduk di atas bantal, nanti kene bisul.-sebenarnya tidak baik perbuatan duduk di atas bantal kerana bantal ialah tempat meletakkan kepala Semasa meniarap usah melambungkan kaki, nanti mati emak.-sebenarnya memang tidak manis mengangkat kaki semasa berbaring kerana terselak kain, terdedah aurat Anak dara dilarang duduk di muka pintu, nanti susah mendapat jodoh.-sebenarnya tidak manis bagi anak dara duduk di muka pintu. Jangan suka makan hati ayam, nanti bengap dan jangan suka mempedal nanti anak lelaki susah bersunat.-sebenarnya menurut ulama jika mahu menguatkan daya hafalan memang dilarang makan organ dalaman haiwan. Menurut kajian perubatan, benda-benda tersebut boleh memudaratkan kesihatan kerana kandungan kolestrolnya tinggi. Jangan suka makan leher ayam, Nanti masa bersanding leher kita tidak boleh tegak.-sebenarnya bahagian leher ayam tidak banyak daging dan dikhuatiri tercekik apabila dimakan. Jangan suka makan buah berkembar, nanti dapat anak kembar-sebenarnya tingkah laku demikian tidak manis. Pesanan tersebut cuba mengajar kita supaya tidak menjadi orang yang tamak |

Tak elok anak gadis menyanyi di dapur, nanti akan memperolah suami tua.
Jangan suku duduk di atas bantal, nanti kene bisul.
Semasa meniarap usah melambungkan kaki, nanti mati emak.
Anak dara dilarang duduk di muka pintu, nanti susah mendapat jodoh.
Jangan suka makan hati ayam, nanti bengap dan jangan suka mempedal nanti anak lelaki susah bersunat.
Jangan suka makan leher ayam, Nanti masa bersanding leher kita tidak boleh tegak.
Jangan suka makan buah berkembar, nanti dapat anak kembar
