Owner
![]() 안녕하세요! ♡ αQι'lαн | 18тαнuη | kL ♡ яαмα2 тιdαк тαнυ вєтαpα ιη∂αнηyα ωαяηα ѕαyαpηуα,αkαη тєтαpι мαηυѕια lєвιh тαнυ вєтαpα ιη∂αнηуα.. Kpoppers Exotics ,Inspirit , Melody ,C-Clown dll.. Credits
Thank you
Basecode by Yasmin. Help by S U J U. DEJAVU DI KINABALU Monday, June 18, 2012 - Permalink - 0 Comments
hai.. hye2... lupa pulak nak beri salam..
assalammualaikum.. korang semua mesti ada yang dah tahu.. tadi bermula drama slot akasia yang bertajuk "dejavu di kinabalu" macam mana ok tak cerita itu? ok kan.. SINOPSIS
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa
disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut.
Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma
jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru
pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang,
Sabah telah membawa seribu satu kisah.
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya,
Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu
Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan
Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar
kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.
Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang
Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir,
seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah
projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan
satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang
Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta
mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat
dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu
Inara dapat dibuang dari hatinya.
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan
dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa
walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar,
cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu
sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar
terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah
lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.
Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa
Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara?
Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan DEJAVU DI KINABALU menerusi slot
Akasia mulai 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00
malam, hanya di TV3!
PELAKON
Aqasha (Ammar Zulkarnain), Tiz Zaqyah (Dalilah Nadira), Nazim Othman (Bazli Aiman), Aishah Ilias (Inara), Meor Ariff (Zahir), Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam (Dalilah Uzma), Fadhilah Mansor (Suria), Aida Khaleeda (Fazeera), Dato’ Aziz Singah (Khairudin), Dian P. Ramlee (Norseha) dan Khaty Azean (Marisa). ![]() ![]() ![]() |